Thursday, December 26, 2013

Definasi Penderaan (menurut Akta Kanak-Kanak 2001)

  • Penderaan Fizikal:
apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan 


kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-


kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan 


kepada tubuh kanak-kanak itu.

  • Penderaan Psikologi/Emosi:
apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang 


menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi 


kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, 


kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat

  • Penderaan Seksual:
apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil 


bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa 


aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh 


mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

  • Pengabaian:
          Kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan 


          asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan dan


    
          perkembangan  emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang 


          selamat untuk kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk 


          mengancam nyawa mereka.




No comments:

Post a Comment