Friday, December 27, 2013

PENGAMBILAN KAKITANGAN DAN PENAPISAN


  • Berkerakyatan Malaysia
  • Berpengalaman dalam bidang pengasuhan kanak kanak
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Mempunyai minat dan berkemampuan untuk bekerja dan bergaul dengan kanak-kanak
  • Mempunyai rekod kesihatan yang baik
  • Tidak mempunyai rekod jenayah
  • Berkelulusan akademik minima SPM atau yang bersesuaian
  • Pengasuh akan dihantar untuk latihan dan kursus anjuran pihak berwajib seperti JKM, PBBM,
         PAPENTA selepas bekerja selama 12 bulan di taska
  • Pemilihan dan pengambilan pengasuh mestilah melalui proses temuduga dan penapisan
  • Pengasuh perlu mengemukakan orang yang boleh dirujuk mengenai peribadi atau pengalaman kerja 
          sebelumnya
  • Pihak taska perlu mengadakan sessi orientasi dan suaikenal untuk pengasuh baru

VISI TASKA OREN

TASKA OREN bertujuan untuk memberi pengasuhan dan 

pendidikan yang berkualiti melalui aktiviti-aktiviti dan program 

yang terbaik dengan 

SLOGAN “KESELESAAN ANDA KEPUASAN KAMI”

MISI TASKA OREN


  • TASKA OREN berhasrat dan berusaha untuk menyediakan pengasuhan yang selesa, bersih, ceria dan selamat
  • Menyediakan tempat yang kondusif dan selesa agar dapat meransang perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
  • Melaksanakan aktiviti yang bersesuaian mengikut peringkat umur kanak-kanak
  • Memastikan kanak-kanak mendapat makanan yang seimbang dan mencukupi
  • Menghormati hak kanak-kanak dan memastikan mereka mendapat perhatian dan tidak diabaikan


PENYATAAN KOMITMEN



  • Taska akan memastikan kanak-kanak diasuh rapi dan selamat.

  • Taska akan memastikan pekerja terlatih dan berdisplin serta tiadak pilih kasih.

  • Taska akan memastikan setiap kanak-kanak diberi makanan yang seimbang serta mengalakkan penyusuan ibu.

  • Taska memastikan aktiviti dijalankan mengikut peringkat umur dan merangkumi semua aspek perkembangan iaitu kognitif,bahasa,fizikal,sosio-emosi dan sahsiah.

  • Taska memastikan perlaksanaan mengikut Akta-Akta 2001(AKK 2001),CRC.

  • Taska memastikan nisbah kanak-kanak dan pengasuh mencukupi


PENGENALAN TASKA OREN


 PENGENALAN:

Taska Oren ditubuhkan pada tahun 2004 dan mempunyai 4 buah cawangan iaitu di Nusa Subang, Subang Bestari dan Segambut 1 @ 2.

Taska Oren dapat membantu keperluan ibu bapa bagi penjagaan dan pendidikan disamping menggalakkan aktiviti-aktiviti terancang bagi perkembangan menyeluruh dan berkualiti. Taska Oren juga boleh mendidik kanak-kanak untuk menjadi insan yang berguna bukan hanya dari sahsiah malah rohani dan jasmani. Ia juga memberi kepentingan hak kepada kanak-kanak agar dapat merasakan diri mereka dihargai. Dengan adanya Taska Oren ibu bapa tidak perlu khuatir atas keselamatan dan pengasuhan kerana kami akan memastikan segala kehendak kanak-kanak dapat dicapai dengan baik.


PROTOKOL KELAKUAN UMUM

PROTOKOL KELAKUAN UMUM:-




Setiap Pelawat/sukarela hendaklah sentiasa menghormati peraturan,tidak merokok dan tidak 






boleh mengambil gambar tanpa kebenaran pihak pengurusan taska.